President Bill Clinton

William Jefferson Clinton (lahir sebagai William Jefferson Blythe III; 19 Ogos 1946; Tulisan Jawi: ‏ويليئم جيفرسن کلينتن‎code: ms is deprecated ‎) juga dikenali sebagai Bill Clinton ialah ahli politik dan peguam Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-42, berkhidmat daripada tahun 1993 sehingga tahun 2001. Beliau juga berkhidmat sebagai Gabenor negeri Arkansas untuk empat penggal tetapi tidak berturut-turut. Sebagai Gabenor, beliau telah membuat reformasi pendidikan negeri dan menjadi pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan. Pada pilihan raya presiden 1992, tiket beliau berjaya mengalahkan presiden George H. W. Bush dari parti Republikan.Beliau adalah ahli Parti Demokrat, dan di bawah pimpinan beliau, Parti Demokrat bergerak kepada "pertengahan" politik Amerika. Antara keutamaan kerajaan A.S. semasa kepresidenan beliau termasuk sistem kesihatan sejagat dan memperbaiki sistem pendidikan Amerika Syarikat. Isteri beliau, Hillary Rodham Clinton merupakan bekas Senator dari negeri New York sehingga tahun 2009, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat dan calon presiden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016.

President Bill Clinton

Lahir (1946-08-19) 19 Ogos 1946 (umur 77)
Hope, Arkansas, A.S.
Gabenor
  • David Pryor
  • Joe Purcell (pemangku)
Anak-anak 1, Chelsea
Leftenan Joe Purcell
Pekerjaan
Didahului oleh Jim Guy Tucker
Tandatangan
Digantikan oleh Steve Clark
Pasangan Hillary Rodham (k. 1975)
Parti politik Demokrat
Naib Presiden Al Gore